F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Wajarkah Cinta Ini Diteruskan atau Ditinggalkan ?
 

Cinta sememangnya akan datang tanpa kita sedar dan ada kalanya tidak 
pernah kita rancang. Namun, Allah telah menganugerahkan kita akal untuk memikirkan 
yang mana baik dan tidak baik.  

Dalam situasi ini, korang di beri dua pilihan iaitu pilihan pertama, cinta tersebut 
mungkin boleh di teruskan sebab si dia menaruh harapan kat korang dan dalam masa 
yg sama, hubungan si dia dan sahabat kamu mungkin akan berakhir.  

Tapi, jangan menangguk di air yang keruh. Biar ia datang dengan sendirinya tanpa perlu di rancang dan di paksa. Manakala, pilihan kedua pula korang harus meninggalkan 
dan membuang segala rasa cinta korang andai si dia begitu menyayangi sahabat
 korang dan hubungan diaorang tak pernah ada masalah.  

Memang tak mudah untuk kita melupakan orang yang kita sayangi. Namun, demi
 menjaga persahabatan.. korang harus berkorban demi persahabatan tersebut 
dan harus kuat untuk melakukannya. 

  • Jangan contact dengan si dia lagi. Tapi, kalau si dia yang contact korang.. seboleh-bolehnya, elak kan daripada bercakap terlalu lama. Hanya bercakap dengan si dia tentang perkara yang perlu sahaja.    
  • Cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak di antara korang dengan si dia. Lakukan cara tersebut dengan secara tidak langsung supaya tiada yang sedar tentang perubahan tersebut. 
  • Sibukkan diri korang dengan pelbagai aktiviti. Tak kisah la apa-II aktiviti sekalipun asalkan korang boleh mem'busy'kan diri dari memikirkan pasal si dia. 
  • Elakkan daripada bersendirian. Ini kerana, apabila kamu sunyi.. ia akan mengingatkan kamu kembali kepada si dia . Cuba cari teman untuk berborak atau melakukan sesuatu. 
  • Cuba tempatkan diri korang di posisi sahabat korang. Mesti korang akan rasa sedih bila korang dapat tahu yang sahabat korang dan orang yang di sayangi mengkhianati kesetiaan dan kasih sayang korang kan ? Sedih tauu.. 
  • Bersihkan hati dan buang segala rasa dengki, iri hati, cemburu dan segala bagai perasaan yang negatif dari diri korang. Bila jiwa kita bersih, insyaAllah kita tidak akan tergamak untuk melakukan sesuatu yang boleh menyakitka hati diaorang. 
  • Buka minda luas-II dan katakan pada diri sendiri, masih banyak lagi lelaki atau perempuan kat luar sana. Aku bukan PERAMPAS !!! # jerit selagi mampu. Haha.

0 comment[s] | back to top